Followers

Thursday, December 15, 2011

isteri atau duit.

Sepasang suami isteri, dah lama kahwin. Si suami teramat lah kedekut, bukan setakat taik idung masin, taik mata pun masin gak. Salah satu xtvt tahunan mereka ialah mengunjungi satu pameran udara.

Tahun pertama, si isteri nak sangat naik sebuah pesawat ringan. Pergilah mereka berjumpa dengan pilot pesawat tu. "Encik, berapa saya kena bayar untuk menaiki pesawat ni?" tanya si suami

"Tak mahal encik, cuma RM50 untuk satu pusingan" jawab pilot tu.

"Uuiishh. .mahalnya, tak jadi la saya nak naik" jawab si suami lalu menarik tangan isterinya berlalu dari situ. "Baiklah, kalau bayarannya kurang dr

RM30, kita naiklah" kata suami yang membuatkan si isteri menarik muka masam krn dia tahu bayarannya pasti akan meningkat lagi tahun ni.

Mereka menuju ke pesawat yang sama cam tahun lepas dan jumpa ngan pilot yang sama
juga. Seperti yang dijangkakan, bayaranya dah jadi RM100. Segeralah si suami menarik tangan isterinya berlalu dr situ. Si pilot td yang kesiankan si isteri yang saban tahun mengimpikan untuk menaiki pesawat tu memanggil mereka semula.

"Encik, berapa yang encik sanggup bayar?" "Aku cuma nak bayar bawah RM30 jer" jawab si suami.

Setelah berfikir seketika, berkatalah si pilot tadi "Baiklah, Encik boleh naik pesawat tu dengan bayaran RM20 sahaja tapi dgn satu syarat"

Gembiralah si suami tadi, RM20 ajer "tapi apa syaratnya"

"semasa di udara, encik dan isteri encik tak boleh mengeluarkan satu suara pun. Kalau bersuara juga, saya akan kenakan bayaran RM10 bagi setiap perkataan yang keluar dari mulut encik atau isteri encik" jawab pilot td sambil tersenyum.

"Baiklah saya setuju" jawab si suami dengan yakin bolehnya.

Maka, naiklah mereka akan pesawat tu. Pilot tadi pun ada niat lain sebenarnya. Dia nak ajar si suami yang kedekut tadi. Dia pun buat lah aksi2 acrobatik yang diakui membahaya. Macam2 aksi dia buat, tapi hairan gak dia sbb suami isteri yang duduk kat belakang dia tak menjerit pun.

Dia cuba lagi buat aksi2 yang merbahaya, berpusing2 pesawat tu, tapi still senyap gak. Setelah muslihat dia tak berjaya, pilot tu pun mendaratkan lah pesawat dia. Rasa rugi pulak sbb cuma boleh dpt RM20 ajer.

Bila dah mendarat, cuma si suami yang turun dari pesawat tu. "Ehh? mana isteri encik?" tanya pilot tu terkejut.

"Dia dah jatuh masa kau pusing2 pesawat tadi"

"Hahh apasal tak cakap" "Kalau aku cakap nanti kena tambah bayaran lak" jwb si suami sambil menghulurkan RM20 kepada pilot td dan terus berlalu...

cerita untuk semua

Jumaat lepas, sebuah masjid di Shah Alam menyentuh soal pentingnya aqidah di dalam khutbah Jumaatnya. Khatib ada membawakan sebuah cerita yang menarik dan saya rasa ingin mengongsikan kisah tersebut di blog ini. Berikut adalah kisah tersebut dengan sedikit ubahsuai versi saya:

Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus. Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk.

Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian. Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat.

“Tuhan ni wujud ke?” tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut. Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.


“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…” adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!” sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat. Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu? Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!” ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai. Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap.

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

“Ya, saya nampak. Kenapa?” si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan? Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?” Lelaki itu meminta pandangan.

“Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk.

“Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?” tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut.

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.” Si penggunting rambut menafikan.

“Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” lelaki tersebut bertanya kembali.

“Tu sebab mereka tak datang jumpa saya. Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok. Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.” jawab si penggunting rambut.

“Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. Tuhan itu ada. Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu adalah kerana Tuhan tidak ada. Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” kata lelaki itu.

Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya.

“Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan. Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera. Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

“Betul jugak. Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya.

“Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu. Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. Si penggunting rambut itu turut tertawa juga.

Antara pengajaran penting:

Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa. DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap. ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun.

Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. “Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat.

Peringatan:

Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung. Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH. Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA.

Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH.

Thursday, December 8, 2011

jgn ingat islam 2 agama yg lekeh.

sebelum dan selepas kawin =)

Ayat Selepas Kahwin

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer

Monday, November 28, 2011

Tanda-tanda cinta semakin pudar.

TANDA-TANDA CINTA YANG SEMAKIN PUDAR... !

♥ Malas angkat telefon..
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Bila ajak keluar, asyik busy memanjang..mcm lar dia YB..!
... ♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
♥ Mula menggelakkan diri dari bejumpa..
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Bila dah janji date, tapi lupa nak datang.alasan lapuk diberi.lupa larr.tertido
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'
.masa ngorat kita dulu xda pulak timbul hal tu..!
♥ Bila ajak jumpa parent, macam2 cara dia cuba menggelak..
♥ Dah jumpa parent pun alasan banyak,nak cakap hal “kahwin” kejap ja dia
tukar topik..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah .taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu sanggup tolak ajakan kawan semata-mata nak keluar dengan kita.. tp
sekarang dah terbalik..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas..

Tips menjaga hati pasangan anda

1.bile awek kite ni merajuk..
stress kan bile awek merajuk???sumpah stress..nak baling hanset je rase..len la kalu die ngajuk tepi kite.gode2 ckit da ok..bagi choki2 ke..tp,ni ngajuk dlm telepon..ai..trase nak baling kasut je.. =p  so,aku nak bai 1 skill nak hentikan awek merajuk..ha..gni,mase awek kite ngajuk tu,kite wat xtau die ngajuk..agak2 die x benti agi ngajuk,kite pulak yg ngajok!!ngah3..pastu letak tepon,bagi die pujuk kite..ngeh3..terbaik x skill jen??try la kalu x caye..kompem terbukti..agak2 die x tepon,korunk tutup tepon,tido sampai minggu dpn..

serius2..

2.mase pasangan kite memegang tangan kite
ni slalu berlaku mase keluar date la kire..cube kite jadi lelaki yg memahami..sebenarnye si dia nak kite pegang tangn die.n main2 jari die..jgn plak kite g tarik jari die sumbat dalam idong kite..mmg die x mara,pakwe kan.tp mane tau balik umah tudie samak siap ngan air tanah..

3.bile si die katakan bahawa die nak stop ngn kite
ayat ni slalu keluar dari mulur pompuan..senang sungguh die keluarkan ayat2 gni..tp..ketahuilah..sebenarnye die masih perlukan kite n die masih nak kite ni kepunyaan die..so,kalu die kate die nak clash ke..korunk senyum n buat muke rilek sambil korek hidong..tgk esok,xpon lusa..die cari kite lagi..tp jgn la gtu...name post pon nak jaga hati..so,pujuk la die..bg ayat2 manis kat die..contoh,"ayang x kesian kat abg ke???"er..jap..ni mcm ayat bapuk je..er..

4.bile si die berase takot
xkire la takot ngn anjing ke...ngan laki lain ke..ngan pencegah maksiat ke..er..so,tugas kite sebagai pasngan adalah bg perlindungan kat die..jage die..bg die rase selamat..selit je die bawah ketiak kite.jd la hero kejap..walau kite pon takot..er..

5.kalau die pukul kite
bukan la pukol gadoh ke ape..tp mcm die ngajok,die pukol2 kite..tampar2 lengan kite.sambil nagis2..so,kite xleh biarkan die gtu..tp,cube pegang tgn die..jgn bg die terus wat gtu..pujuk die ngan ayat2 yg boleh buat die sejuk..mcm ni cotohnye.."ayg,cube bayangkan lepas ayg mandi ayg dok dlm peti ais frozen"..
kompem die rase sejuk n x pukl kite da..

6.kalau die kate i love u
sebenarnye kata2 dari seorg yg bernama pompuan sukar untuk kite faham..sebenarnye,ape yg di katakan adalah lebih dari yg kite faham..er..formal nye aku..gni la,die kate i love u..so,die syg kite..tp,ape yg kite paham,xsetanding ngan ape yg die nak gtau kite..er...pape je la..

7.bile die berdiam
jgn lapulak kite berdiam..tp cube tnye ape masalh die..kenape die diam..mayb die nak perhatian dari kite..ni x..die diam,kite pon diam..last2..5 jam date,aku tgk ko,ko tgk aku..tp ak tgk ko biase je..ko je tgk aku pelik..kenape??ade taik idong aku terganong..ko x tegor..sampai ati ko..er..

8.bile die mula menangis
kite hanyalah perlu pegang die dan jgn keluarkan sepatah pon perkataan..ni care terbaik..tp..kalu kite wat gni,kompem si die mara..tp faham la..ni la care erbaik bg seorg lelaki

Tips menjadi seorang yang berjaya

1. Orang Berjaya Adalah Orang Yang Sihat

FORMULA PERTAMA MENJADI orang berjaya, pada pendapat saya sendiri adalah menjadi orang yang sihat. Jika anda sekarang ini kurang menitikberatkan kesihatan diri, mulakanlah menjaga kesihatan. Berubah daripada seorang yang biasa-biasa kepada seorang yang cemerlang kesihatannya!


-----Nah, apabila anda dah mulai mengamalkan gaya hidup sihat, dan melakukannya sehingga satu tahap di mana bukan sahaja anda sendiri merasa seperti seorang yang sihat, malah orang lain pun mulai sedar akan perubahan diri anda.


-----Orang akan mulai bertanyakan tips bagaimana anda menjadi sihat sentiasa. Nah, pada tahap itu, anda telahpun mencapai status orang berjaya, iaitu seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat.


Pelan tindakan anda?

Pepatah yang terpatah

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan

3. Tiada rotan, pelempang berguna juga

4. Biar lambat asalkan tak cepat

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi

6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock

9. Secupak takkan jadi 18 cupak

10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia

11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap

13. Alang-alang mandi biar guna sabun

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang... bisu

17. Hidup segan, mati di tanam

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama

20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis

21. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut (beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa

23. Membujur lalu melintang pukang

24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili

27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh belah

Ku ingin kamu ~

demi semua yang aku jalani bersamamu
kuingin kau jadi milikku
kuingin kau disampingku

tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa surga dalam hatiku

kuingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani…

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa
back to ref

di setiap arung gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku
back to ref

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas
selama Tuhan masih mengijinkan
kuingin selalu menjagamu

selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernapas

Saturday, November 26, 2011

tanda lelaki sayang.

Apabila seorng lelaki benar2 jatuh cinta dan setianya pada kekasihnya dengai ikhlas,perubahan dirinya dapat dilihat dengan jelas.Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 menjadi selembut kapas.Bahkn lelaki yng mabuk cinta pada kekasihnya snggup melakukan ap saja untk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akn mengalirkan air mata sekiranya hatinya dilukai oleh kekasihny.Namun kaum wanita janglah mengambil kesempatan kesempatan diatas pengorbanan yg di lakukan lelaki untukmu itu.

Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu bersungguh2 melakukan ap saja untuk kamu,ternyata kamu tidak salah memilih teman hidup.Situasi ini nyata telah mnjelaskan terang-terang pekara sebenar.Dia bukanlah jenis orng yg berdamping denganmu sekadar suka2 ataupun untuk mengabil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yg sebenar,Beruntunglah kamu.

Selain itu,sekiranya teman lelakimu sentiasa membuatkn kamu tenag dan terhibur,itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu.Tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana yg ceria setiap kali berdampingan dengan orng yang dianggap istimewa dalam hidupnya.Padanya sudah menjady tanggungjawab untuknya menceriakn insan yang dianggap istimewa dalam hidupnya.

Jangan kamu anggap teman lelakimu seorng yang kuat membebel sekiranya setiap msa dy memberikan kamu nasihat.Ingat,nasihat bermaksud mengingati.Dia akan sentisa mengingati insan yg dia sayang supaya ikatan yang terjalin bejalan lancar tanpa sebarang masalah.Itu tandanya dia amat menyanyangi perhubungan diantara kamu,Jadi terbukalah untuk menerima nasihat daripadanya..

Jika sudah sayang,macam2 akn kamu pikir termasuklah bimbang akan kehilangannya.Begitu juga jika teman lelakimu menyatakn bahawa dia risau dan memikirkan kesudahan hubungan kamu.Ini bermakna dia selalu memikirkan bagaimana untuk meyelamatkn hubungan kamu daripada berakhir begitu saja.Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin,baru Berbaloi.!

Lucu,tapi hakikatnya begitulah teman lelakimu berperangai seperti kebudak-budakan semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.Si dia ingin bermanja dan inginkan kamu melayan dirinya lebih daripada ornag lain yang pernah kamu sayang.Kalau dia merajuk hati,sesekali cubalah untuk memujuknya.Janganlah pula kamu sangka manja itu mengada-ngada.Bukan senang seorng lelaki mengubah perwataknnya sebagai lelaki MACHO kepada seorng lelaki yang berperwatakn manja.Hanya untuk orang yang disayangi sahaja...

Kamu menghadapi masalah dan orng yang pertama datng membantumu ialah teman lelakimu.Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa tanggungjawab untuk membantumu.Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa saja asalkan kamu senang dan tidak dibebani beban kerja ataupun masalah.beruntungnya..!

Kamu memberitahunya bahawa kamu akan ke sesuatu tempat pada satu tempoh yang agak lama.Tiba-tiba dia mengelabah dan tidak menentu.Itu tandanya si dia tidak boleh berjauhan dengan kamu dan kamu tidak perlu lagi meragui kesetiannya..

Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama'u masih sayang i?'jangan anggap itu persaoaln yang membosankan.Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.Sebab itulah kalimah itu sentiasa diulang berkali-kali agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat bahawa kamu sudah dimiliki olehnya..

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya...Bukan semua lelaki snggup menitiskan air mata hanya untuk seorng perempuan.Tidakah kamu terharu melihat seorng lelaki menitiskan air mata demi kamu.Itu membutikan cintanya begitu kuat untuk kamu..

Manusia tidak semuanya sempurna,samalah juga teman lelaki kamu,tak lari dari buat sialap dan kadang-kadang buat kamu sakit hati...tapi kalau dia nak berubah adalah satu pekara yang baik dan kamu perlu sokong dia...berilah masa untuk dia berubah..nak berubah bukanlah pekara yang senang tapi kalau dia berubah demi untuk bahagiakn kamu,itu pekara yang baik.Janganlah kamu mencari penganti disebabkan kesalahan dia sekiranya dia membuat kamu kecil hati. .dan kamu pasti ker penganti kamu itu dapat membahagiakan kamu..

Dan pengorbanan paling besar sekali gusmenjelaskan betapa si dia menyanyangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya.Apa saja yang dilakukan semata-mata untukmu asalkan kamu berasa selesa dan selamat setiap kali bersama dirinya.Jadi hargailah insan yang hadir dalam diri kamu dan cintailah dirinya seadanya..

Setiap pasangan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Kalau kamu rasa pasangan kamu banyak kekurangan dan selalu sakitkan hati kamu lalu kamu cari pengganti,alasan kamu dah tak ada hati dan tak serasi,kamu pulak macam mane.?adakah kamu itu tidak pernah buat silap?kamu tak pernah sakitkan hati pasangan kamu?mungkin pasangan kamu tidak sempurna,tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan diri dia,itu lebih baik....dan..ikhlas itu tidak boleh dilihat,tetapi boleh dirasa oleh hati..


ku ingin kamu.



hargai dirinya seadanya.

ketahuilah , orang yang selalu buat kita ketawa mungkin adalah orang yang paling sedih dalam dunianya. dia berusaha bergembira dan menggembirakan orang lain, agar dia tahu, dunia masih mampu tertawa bersamanya.
Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu,sebelum ia pergi dari hidupmu..Hari ini mungkin dia masih mencintaimu,tp mungkin besok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin besok kamu yang akan lebih mencintai dia ketika dia telah pergi.. Jadi,jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu

Friday, November 18, 2011

Kisah Antara Kita

kisah antara aq dan dy bermula setelah perkenalan kami di laman sosial muka buku yg semakin popular wat msa sekarang.lebih setahun perkenalan kami dan aq xtw sama ad dy selesa bersama aq atupon x,?aq takot nk terus terang perasaan aq kt dy,mgkin aq blom bersedia utk berterus terang kpd dy,pertama kali berjumpa dy,perbualn kami begitu mesra,,aq selesa bila berbual dgan c dy.sebelum bertemu dy,,kmy terserempak d traffic light,fham2 lar,,cover macho la katakn,dah la terserempak dkat traffic light,,pastu bju pown sma warna,,aduh,,hati aq mula berbisik,btol ker dy yg akn aq jmpa............